Kesilapan paparan jalur gemilang yang tidak lengkap dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 melibatkan pegawai Gred 48 ke atas dan ke bawah.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, bagi Gred 48 ke atas, siasatan dan tindakan sedang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).















