TERKINI : “Gambar Sudah Bebicara, Biar Pihak Berkuasa Siasat” – Calon BN

Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung pemberian ‘wang’ petrol dengan masyarakat Asli oleh pasukan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran.

Sebaliknya, beliau meminta masyarakat umum untuk melihat sendiri beberapa keping gambar merakamkan seorang wanita ‘misteri’ menghulurkan wang nota RM50 dan RM5 yang kini sudah menjadi tular dalam sebuah majlis tertutup yang turut dihadiri pemimpin PH itu.

Kata Ramli, beliau tidak memberi komen negatif atau memburuk-burukkan seseorang kerana gambar itu sendiri sudah berbicara dan mendedahkan ‘kebenaran’.

“Saya tidak perlu komen atau ulas sebaliknya anda semua lihat sendiri gambar-gambar itu. Anda boleh lihat sendiri kebenaran melalui pengamatan anda sendiri. Saya tidak perlu berbicara.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bagus, jika dgn gambar dah boleh bicara. Akan tetapi, kemudian bila di bicara gambar tersebut sebagai sebahgian keseluruhan kos Belanja Pilihan Raya, jgn pula tak habis habis membicarakan nya lagi.

    Bukan bagitu? Atau tak cukup perlu gambar yg lebih jelas?

    .
    bah, Kat mana UMNO jumpa calon ni

Comments are closed.