Calon Pakatan Harapan, Manogaran Marimuthu mendengar sesuatu perkara daripada peniaga kedai runcit, Rahana Hassan, 76 ketika sesi ‘walkabout’ sempena kempen Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Sungai Koyan 1, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 14 JANUARI 2019.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang tular kerana mengkritik secara terbuka Perdana Menteri baru-baru ini berkata dia bukan pengkhianat negara.

Rahana Hassan, 76, juga tidak takut dikenakan sebarang tindakan.

Menurut laporan Utusan Online, Rahana mendakwa dia bercakap benar mengenai nasib masyarakat Melayu yang bagaikan menumpang di tanah air sendiri dan sikap pemimpin yang hanya datang semasa hendak mengundi.

“Kalau makcik tak berani cakap esok masa depan anak cucu kita macam mana? Makcik tak takut, kalau kata salah nak ambil, ambillah (tindakan).

“Sebelum ini mereka (calon-calon) tidak pernah datang tetapi bila hendak mengundi baru datang” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di Felda Sungai Koyan 1, Lipis hari ini.

Baru-baru ini tular dalam media sosial rakan video tindakan Rahana yang membidas calon Pakatan Harapan PRK Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran ketika melakukan kunjungan mesra di kedainya untuk berkempen.

Dalam rakaman tersebut, Rahana meminta ‘surat lawyer’ daripada Manogaran sebagai bukti PH dapat menunaikan janji yang diberikan kepada pengundi-pengundi dalam PRK Cameron Highlands.

Video berdurasi 20 saat yang dirakam oleh juruvideo portal Malaysia Gazette, Nik Muhammad Ihsan Nik Salleh.- MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/14/terkini-kenyataan-berani-mak-cik-mahathir-pun-tak-betul/