Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bercakap kepada media selepas sesi walkabout bagi membantu Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Tapak Pasar Pagi Brincang, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 16 JANUARI 2019.

BRINCANG – Tiada keperluan untuk menggembar-gemburkan hasrat enam bekas wakil rakyat UMNO untuk kembali ke pangkal jalan secara terbuka di media.

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu hanya akan menjatuhkan maruah mereka meskipun mereka kini sudah sedar daripada kesilapan lalu.

“Kalau mereka betul-betul nak balik pun, kalau cerita perkara ini dalam khalayak orang ramai, di mana dia nak letak air muka dia?

“Kalau betul-betul kita ikhlas nak dia balik, biarkan mereka boleh sedar sendiri tapi sudah heboh dalam media,” katanya kepada pemberita ketika melakukan walkabout bagi membantu calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands di sini hari ini.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (dua kiri) bersalaman dengan sebahagian penduduk setempat ketika sesi walkabout bagi membantu Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Tapak Pasar Pagi Brincang, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 16 JANUARI 2019.

Beliau mengulas hasrat enam bekas ahli Parlimen UMNO yang keluar parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas yang ingin membuat pusingan U dan mahu kembali menyertai parti Melayu itu.

Ketika ditanya tentang hubungannya dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin berkata, mereka masih baik seperti biasa.

“Dari dulu lagi kita berjumpa, saya berjumpa dengan Datuk Seri Mohamad Hasan (Mat Hasan) sudah beberapa kali, ada gambar-gambar dulu saya berpeluk dengan Mat Hasan pun orang kata spekulasi juga.

“Semalam dengan Datuk Seri Najib dan Zahid, sebelum itu dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum itu orang spekulasi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.

MGF16012019_WALKABOUT HISHAMMUDDIN04
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian penduduk setempat ketika sesi walkabout bagi membantu Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Tapak Pasar Pagi Brincang, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 16 JANUARI 2019.

Beliau turut menyifatkan Presiden UMNO sebagai seorang yang matang dan masih konsisten bersama parti walaupun terpaksa akur kepada tekanan semua pihak sebelum ini.

“Apa yang dilalui Datuk Zahid bukan satu perkara mudah, saya lalui sebelum ini pun bukan satu perkara mudah, Najib pun sama.

“Jadi, yang penting sekarang empat-empat orang kata, kita ambil gambar, kebetulan kita ada makan malam berempat pun. Kita kata baik kita bergambar, sekarang sudah meletup kat Cameron Highlands

“Saya makan tengahari dengan Azmin dekat Morocco pun jadi spekulasi juga, tak ada benda la, cukup-cukuplah,” katanya.

Katanya lagi, semua pihak dalam UMNO perlu menghentikan politik kebencian dan perpecahan yang hanya memberi kelebihan dan kepentingan kepada musuh politik.

“Kita mesti hentikan orang yang menggunakan politik untuk mencari makan, tak boleh lagi menggunakan pemimpin kita yang ikhlas dan mahu bergerak ke depan demi negara perlu henti berbuat demikian.

“Pemimpin kita mesti menghentikan daripada diri mereka dieksploitasi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast