KUALA LUMPUR – BMW Group Malaysia berjaya mencatatkan peningkatan jualan kenderaan BMW, Mini dan BMW Motorrad sebanyak 13 peratus pada tahun lalu kepada 14,338 buah. berbanding 12,861 pada tahun sebelumnya.
Prestasi BMW Group Malaysia yang kukuh telah mencerminkan pencapaian BMW Group di seluruh duni dengan menyerahkan sebanyak 2,652,123 buah kenderaan BMW, Mini dan BMW Motorrad pada tahun lalu.
Di peringkat global, jenama BMW berjaya menyerahkan 2,125,026 (+1.8 peratus) buah manakala Mini 361,531 buah dan
BMW Motorrad 165,566.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pada tahun 2018, jenama BMW telah menyaksikan 12,008 pemilik yang baharu di Malaysia, lantas mencatat pertumbuhan sebanyak 13 peratus berbanding tahun 2017 (10,618).
Pencapaian tersebut diterajui oleh penyerahan 3,363 buah kenderaan ‘BMW 3 Series’, dan 2,149 buah daripada jumlah tersebut merangkumi jentera BMW 330e M Sport.
BMW X5 xDrive40e juga merupakan penyumbang penting kepada pencapaian BMW menerusi penyerahan 2,900 buah kenderaan.
Sejumlah 2,761 buah kenderaan ‘BMW 5 Series’ berjaya diserahkan kepada pemilik yang baharu, 64 peratus
daripadanya meliputi pemilik ‘BMW 5 Series Hybrid’ yang dilengkapi dengan Teknologi eDrive (1,769).
Mini juga telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 18 peratus dengan penyerahan 1,200 buah kenderaan pada tahun lepas, berbanding tahun yang sebelumnya (1,011).
Pada tahun 2018, lebih daripada 90 jentera Mini Countryman Plug-In Hybrid berjaya diserahkan sejak ia diperkenalkan pada bulan April.
Sementara itu, BMW Motorrad telah menyaksikan 1,130 pemilik yang baharu pada tahun 2018 naik lebih daripada 7 peratus berbanding 1,052 pada tahun 2017.
Penyumbang yang utama kepada pertumbuhan tersebut ialah jentera BMW Motorrad R 1200 GS Adventure yang
menyaksikan lebih daripada 300 buah terjual. – MalaysiaGazette