Seorang Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan sebanyak RM3,000 daripada seorang lelaki, dua tahun lepas.
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat lelaki tempatan yang disyaki menyamar sebagai anggotanya di Putrajaya.

Kesemua suspek berusia 27 hingga 34 tahun ditahan semalam selepas berurusan dengan seorang majikan.

Siasatan awal mendapati suspek telah menjalankan operasi haram serta menangkap pekerja asing sebelum meminta atau menerima suapan daripada majikan pekerja.

Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan itu, M. Saravana Kumar berkata, suapan itu bagi bayaran melepaskan pekerja asing itu.

“Imigresen percaya kumpulan ini telah melakukan kegiatan ini beberapa kali dan modus operadinya adalah dengan menyasarkan kedai runcit.

“Mereka juga akan menggunakan peralatan seperti gari dan baju seumpama anggota Imigresen.

“Selain itu, majikan akan diarahkan untuk berjumpa mereka di jalan sekitar pejabat Imigresen untuk urusan melepaskan pekerja asing.

Beliau berkata, semua  suspek diserahkan kepada polis untuk siasatan dan tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast