Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir pada program 'Jom Ride bersama Bossku' di Podium, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 JANUARI 2019

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) tidak merasuah peneroka Felda sewaktu menjadi kerajaan sebaliknya parti itu memberikan bantuan untuk golongan tersebut menyara kehidupan.

ia jelas apabila parti itu tidak pernah ‘membeza-bezakan bantuan yang diberikan kepada peneroka yang menyokong Pakatan Harapan mahupun Pas sebelum ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Ia bukan rasuah, ia tidak rasuah (tapi) kita tolong  masyarakat Felda sebab mereka dalam keperitan hidup.

“Bukan soal rasuah kita (BN) tolong. Dalam Felda kita tidak bezakan siapa penyokong UMNO ke Pas ke PH semua dapat. Jadi kalau semua dapat ia bukan rasuah,” katanya kepada pemberita. 

Chef Wan hari ini semasa hadir berkempen untuk Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada Datuk Seri Najib Razak. 

MGF20012019_NAJIB RAZAK PODIUM_08

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir pada program ‘Jom Ride bersama Bossku’ di Podium, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 JANUARI 2019Chef Wan berkata, beliau tidak merestui langkah Felda – semasa ditadbir kerajaan BN  yang memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah kepada anak-anak tempatan Felda.

Mengulas lanjut bekas Perdana Menteri itu berkata, bantuan yang diberikan oleh BN semasa mentadbir adalah rasa tanggungjawab untuk membantu peneroka yang majoriti memiliki pendapatan rendah.

“Sekarang ini pendapatan mereka begitu rendah sekali, ada yang dapat RM74 bulan pada bulan lepas sahaja di Sg Koyan, macam mana mereka nak hidup?,” ujarnya yang enggan melayan kata-kata nista Chef Wan mahu menamparnya. – MalaysiaGazette