Siti Zabedah Kasim

KUALA LUMPUR – Peguam kontroversi, Siti Kassim menganggap mereka yang mengkritik beliau dan beberapa tokoh kehakiman menari atas pentas sebagai terencat.

“Hanya kerana kami menikmati makan malam ada golongan terencat tak tahan lihat AG (Peguam Negara) dan CJ (Ketua Hakim) menari bersama kami,” katanya menerusi status media sosialnya malam tadi.

Malah Siti Kassim berkata, ia menjadi tular sehingga ada yang mahu Tommy Thomas meletakkan jawatan.

Beliau mahu pengkritiknya yang dianggapnya golongan terencat itu lebih baik ‘bunuh diri’.

Sebelum itu, video rakaman Siti bersama Tommy serta tokoh kehakiman dan menteri menari twist tular di media sosial sehingga dikritik oleh netizen termasuk pemimpin Pakatan Harapan sendiri.-MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/19/bila-peguam-negara-dan-siti-kassim-menari-twist/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast