VIENNA – Persatuan Pihak-Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) hari ini melancarkan Tabung Dr Mahahthir Mohamad untuk membantu para pegawai yang ditindas ketika menjalankan tugas.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden IAACA Dr Ali Fetais Al-Marri semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan dan Mesyuarat Agung IAACA ke-10 di Pusat Persidangan Antarabangsa Vienna di sini.

Al- Marri yang juga Peguam Negara Qatar berkata tabung itu mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia sebagai mengiktiraf usaha Dr Mahathir memerangi rasuah.

Al-Marri berkata Qatar bersetuju untuk menubuhkan tabung berkenaan dengan sumbangan sebanyak 1 juta Riyal Qatar (RM1.14 juta).

Persidangan itu yang bermula hari ini akan berakhir pada 24 Jan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast