KUALA LUMPUR – Sebuah laman media ‘Kementerian Hal Ehwal Najib’ pula muncul sebagai sindiran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan ia mencuri perhatian warganet.

Laman yang menggunakan logo Jata Negara itu dibuka oleh seorang pengguna Twitter dengan menggunakan nama @monamalaysia.

Pemilik Twitter berkenaan dipercayai berbuat demikian susulan saranan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang secara sinis mencadangkan supaya veteran DAP, Lim Kit Siang memohon jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Najib.

Laman tersebut yang ditulis dengan pelbagai ciapan dipercayai mahu melakukan troll ke atas kerajaan hari ini.

Ahli Parlimen Pekan pernah mencadangkan supaya jawatan tersebut diwujudkan ekoran Kit Siang sejak kebelakangan ini terlalu obses membuat kenyataan berunsur serangan ke atas dirinya.

Malah, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilihat menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk menyerang Najib sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

“Kementerian ingin menegaskan agar polisi menggunakan bahasa kebangsaan akan tetap diutamakan. Walaupun Menteri Hal Ehwal Najib, Yang Berhormat Encik @limkitsiang masih tergagap-gagap nak berbahasa kebangsaan,” demikian menurut ciapan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.