Kementerian kewangan
Bangunan Kementerian Kewangan. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan terpalit dengan kemarahan orang ramai susulan paparan kenyataan akhbar berhubung hutang kerajaan negeri Pahang pada Facebook milik kementerian berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menterinya, Lim Guan Eng semalam.

Golongan netizen kecewa apabila Guan Eng dengan jelas menggunakan Kementerian Kewangan untuk melakukan serangan politik kepada Pahang menjelang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

PRK Cameron Highlands dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Sehinggakan ramai netizen mempersoalkan sama ada laman Facebook itu dimiliki oleh kementerian berkenaan atau Guan Eng.

Ada juga yang mencadangkan agar Facebook itu ditukarkan kepada nama Guan Eng kerana ia telah disalahgunakan.

Namun, rata-rata netizen yang mengecam kenyataan berhubung hutang Pahang itu mendakwa Guan Eng masih lagi mempunyai mentaliti pembangkang walaupun Pakatan Harapan sudah menjadi pemerintah.

Ada juga yang mengkritik Menteri Kewangan kerana beliau tidak mempunyai semangat federalisme dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Seorang netizen, Amy Mat Piah berkata: Macam nie standard mof malaysia..page rasmi pun nak menbawang jugak..patut lah pelabur lari,mentaliti masih lagi pembangkang..”.

Ridz Ayeop pula menulis:” Saya cadangkan agar lge buat petition supaya pahang dan kelantan dikeluarkan dari malaysia… Negeri lain yang berhutang dengan federal juga mesti dikeluarkan… Panggil sahaja Engxit…. Hahaha”.

“Ini sudah melampau. Wayyy sangat melampau. Menggunakan media rasmi bagi tagih politik anda.Apa yang anda harapkan orang ramai mendapat daripada “pengumuman” ini Guan Eng? Dasar baru? Tidak. Penghapusan cukai baru? Tidak. Masih ada keberanian untuk mendedahkan hutang tanpa menonjolkan KDNK. Dan bagaimana dengan hutang Malaysia yang secara langsung di bawah bidang kuasa anda? Kenapa anda juga tidak mengumumkan bahawa hutang luar negeri Malaysia telah meningkat sejak anda mengambil alih kementerian. (This is just too much. Wayyy too much. Using the official media for your political rant. What do you expect the public to gain from this “announcement” Guan Eng? New policy? No. New tax abolishment? No. Some more has the cheek to highlight the debt without highlighting the GDP. And what about Malaysia’s debt that is directly under your purview? Why don’t you also announce that Malaysia’s external debt has increased ever since you took over the ministry?,” kata Naeil’s Cantabile.

Manakala Ahd Ridhwan pula berkata:”Aikk dah terdesak sgt nak menang prk CH ke sampai guna page FB MOF? Ingat MOF ini DAP punya ke? melampaulah, ini dah salah guna kuasa! LGE sila letak jawatan! #PecatLGE #BubarParlimen,”.

Sementara itu, seorang pengguna, Khairul Azman Abu Hassan berkata:”Tak professional. Guna page rasmi kementerian sebar dakyah politik”.

Setakat berita ini ditulis, seramai laman itu mendapat 2,600 komen daripada netizen dan dikongsi oleh 1,540 orang. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Bila Bab BN berpendirian Kuasa Tanah bidang Kuasa Negeri sepertimana yg di nyatakan oleh MB, tak pulak penyokong dlm kalangan Netzen BN melalak.

    Bila PH dlm keyataan LGE menyatakan SATU FAKTA utk ketahui umum, melalak melolong netizen aka penyokong BN.

    Sempit Sgt ke fikiran kamu semua??

  2. Jangan panas bang zunnun. Mereka bincangkan Media kerajaan tetapi digunakan sebagai propa politik.

  3. Jangan panas bang zunnun….mereka tegur media kerajaan digunakan sebagai propa politik….abang sehat?

Comments are closed.