Kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menjadi sedikit riuh pada Rabu apabila pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bertembung dengan sukarelawan kempen antipemansuhan hukuman mati.
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan mengadakan persidangan Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Orang Asli di Cameron Highlands.

Ujarnya, persidangan itu bagi menggubal rangka tindakan terhadap golongan itu sebaik sahaja gabungan itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan terbabit.

“Jika PH boleh menang di Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands pada hari Sabtu ini, saya akan mengadakan persidangan wakil Orang Asli dalam PH di Cameron Highlands.

“(Ia) untuk menggubal rangka tindakan Orang Asli untuk menjadi warganegara penuh Malaysia,” katanya di Twitter hari ini.

Namun difahamkan,  Orang Asli adalah berstatus bumiputera di negara ini.

Justeru tindakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri untuk memberikan kewarganegaraan penuh kepada golongan itu dilihat canggung.

Ia seterusnya mendapat kritikan warganet yang rata-ratanya mengkritik Kit Siang atas ciapan beliau.

Menurut @badjojoblue, Orang Asli bukan pendatang sebahagian yang disifatkan oleh Kit Siang namun boleh membuang undi bagi memilih wakil rakyat mereka sendiri.

“Orang Asli is not pendatang like you 70,60 or 50 years ago. They are native people who won’t leave their traditional way of life. If not how they can voted. Do the research la,” katanya.

Malah ada yang memberikan komen agak lucu membidas kenyataan Kit Siang.

“Orang Asli yang patut bagi @limkitsiang citizen and not the other way round,” kata @RJailany.

“Hello uncle. Do you realise what u say? Kemon uncle. U are federal governement. Menang atau kalah this by election, u kena buat tanggungjawab. Bukan ugutan,” komen @mizamrahim pula.

PRK Parlimen Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH M Manogaran; bekas pesara Polis Diraja Malaysia, Ramli Mohd. Nor mewakili Barisan Nasional.

Dua lagi calon bebas iaitu bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan petani tempatan, Wong Seng Yee. – MalaysiaGazette