Saya nak tegaskan ini tidak akan memberikan kesan terhadap kesihatan awam kerana hanya mereka yang masuk wad di hospital kerajaan sahaja yang layak Kalau anda mampu masuk ke hospital swasta tentu tak layak kerana hospital swasta mahal, RM8,000 pun tak cukup.
Jadi ini hanya untuk hospital kerajaan Saya tak faham mengapa ada pihak parti lawan ini akan mengancam struktur perkhidmatan hospital kerajaan yang mungkin berlaku adalah lebih banyak yang akan pergi ke hospital kerajaan tapi B40 mereka sekarang sudah pun memang dapatkan rawatan di hospital kerajaan, tidak ada beza Tak kan B40 pergi ke hospital swasta.
Jarang pun Saya lihat ini inisiatif baik untuk bantu B40 kenapa parti lawan menentang usaha murni ini? Ini yang saya kurang faham