KUALA LUMPUR – Satu gegeran gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Laut Banda di Kepulauan Mauku Indonesia, pada jam 1.07 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, kejadian gempa dengan kedalaman 104 kilometer (km) itu berlaku 408 km tenggara dari Ambon, Indonesia.
Insiden sama pernah berlaku sebelum ini iaitu sekitar Disember.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette