KUALA LUMPUR – Bosan dengan sikap menteri dan timbalan yang tidak menunjukkan prestasi kerja memuaskan, netizen telah membuat rombakan sendiri ‘Kabinet’ kerajaan Pakatan Harapan (PH).
‘Kabinet’ baharu itu yang mula tular sejak semalam diterima baik warganet, termasuk memberi cadangan penambahbaikan dari segi pemilihan pemimpin untuk menerajui sesebuah kementerian.
Semakan mendapati nama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa; dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salehuddin Ayub tidak disenaraikan dalam kabinet baharu itu.
Sebaliknya, tempat Dr. Mahathir digantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri; dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri.
Netizen turut menambah beberapa kementerian baharu seperti Kementerian Hal Ehwal Petroleum dan Gas Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Rendah, Kementerian Pembangunan Usahawan, selain menghidupkan semula Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Berikut senarai baharu ‘Kabinet’ netizen yang disusun begitu rapi dan kemas;
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson); Timbalan Perdana Menteri; Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (DAP-Bagan); Timbalan Menteri, Datuk Amiruddin Hamzah (PPBM-Kubang Pasu).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh (PPBM-Sri Gading), Timbalan Menteri, Senator Mohd Rafizi Ramli (PKR).
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (PAN-Kota Raja), Timbalan Menteri, Senator Liew Chin Tong (DAP).
Menteri Hal Ehwal Perancangan dan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Timbalan Menteri, Senator Dr. Mohd Radzi Jidin (PPBM).
Menteri Hal Ehwal Petroleum dan Gas Malaysia, Senator Datuk Husam Musa (PAN), Timbalan Menteri, Tony Pua Kim Wee (DAP-Damansara).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), Timbalan Menteri, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Perpaduan Sosial Negara, Datuk Seri Rina Mohd Harun (PPBM-Titiwangsa), Timbalan Menteri, Hannah Yeoh (DAP-Segambut).
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar (PKR-Kuala Langat), Timbalan Menteri, Senator Datuk Seri Yeop Adlan Che Rose (DAP).
Menteri Kerja Raya, Baru Bian (PKR-Selangau), Timbalan Menteri, Datuk Rozman Isli (Warisan-Labuan).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Daruk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Kulim Bandar Baharu), Timbalan Menteri, Senator Dr. Rosly Yaakob (PAN).
Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah (PKR-Indera Mahkota), Timbalan Menteri, Senator Datuk Marzuki Yahya (PPBM).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban), Timbalan Menteri, Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR-Bandar Tun Razak).
Menteri Komunikasi Multimedia, Senator Datuk Dr. Rais Hussin Mohd Ariff (PPBM), Timbalan Menteri, Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Setiawangsa).
Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), Timbalan Menteri, Senator Aiman Athirah Al-Jundi (PAN).
Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), Timbalan Menteri, Ali Biju (PKR-Saratok).
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin (DAP-Bakri), Timbalan Menteri, Jonathan Yasin (PKR-Ranau).
Menteri Pendidikan Tinggi, Dr. Maszlee Malik (PPBM-Simpang Renggam), Timbalan Menteri, Teo Nie Ching (DAP-Kulai).
Menteri Pendidikan Rendah, Senator Tian Chua (PKR), Timbalan Menteri, Datuk Wira Dr. Mohamed Rafik Md. Rafik (PPBM-Tanjung Piai).
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang), Timbalan Menteri, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli (PAN-Lumut).
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azis Jamman (Warisan-Sepanggar), Timbalan Menteri, R. Sivarasa (PKR-Sungai Buloh).
Menteri Belia dan Sukan, Akmal Nasrullah Nasir (PKR-Johor Bharu), Timbalan Menteri, Nga Kor Ming (DAP-Teluk Intan).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (PAN-Kuala Selangor), Timbalan Menteri, Dr. Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rashid Hasnon (PKR-Batu Pahat), Timbalan Menteri, Eddin Syazlee Shith (PPBM-Kuala Pilah).
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abudl Samad (PAN-Shah Alam), Timbalan Menteri, Senator Dr. Shamsul Adabi Mamat (PPBM).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (PPBM-Jeli), Timbalan Menteri, Dr. Ong Kian Ming (DAP-Bangi).
Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud), Timbalan Menteri, Chang Lih Kang (PKR-Tanjung Malim).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Hasanuddin Yunus (PAN-Hulu Langat), Timbalan Menteri, Senator Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (Bebas).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Chong Chieng Jen (DAP-Stampin), Timbalan Menteri, Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Perundangan dan Kehakiman), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Timbalan Menteri, Mohamed Hanipa Maidin (PAN-Sepang).
Walaupun barisan kabinet itu hanya gurauan, tetapi ia tidak boleh dipandang ringan kerana sejak PH mengambil alih kerajaan Persekutuan pada Mei lalu, kepimpinan dan corak pentadbirannya sentiasa dalam pemantauan dan pemerhatian netizen.
Menurut seorang netizen yang dikenali sebagai Abdul Samad, mereka (warganet) bukan tidak sayang kepada pemimpin yang digugurkan sebagai menteri atau timbalan menteri, tetapi mereka lebih sayangkan kerajaan PH.
Katanya, selepas PH kalah teruk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Cameron Highlands semalam, kerajaan perlu dijenamakan semula dan imej yang merosakkan kerajaan yang menjadi buah mulut rakyat perlu diundur. – MalaysiaGazette