KUALA LUMPUR – Pengguna kelas satu di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Kadar tol kelas satu bagi GCE adalah sebanyak RM1.90 dan akan dikurangkan kepada RM1.70 bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam, Selasa, 5 Februari 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, pemberian diskaun ini merupakan salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna setia GCE. – MalaysiaGazette