Wajah terbaharu Celion Dion.

LONDON – Penampilan terbaharu penyanyi antarabangsa popular, Celion Dion mengejutkan peminatnya kerana dia kelihatan kurus dan berwajah cengkung.

Penghibur berusia 50 tahun itu muncul di kota fesyen Paris baru-baru ini dan gambarnya yang dirakam menjadi perbualan netizen apabila wajah Dion tampak berbeza.

Lebih ketara, bahagian lehernya yang berkedut dan agak hodoh untuk tatapan ramai.

Netizen juga mula mempersoalkan kesihatan penyanyi My Heart Will Go On itu yang  terlalu kurus dan mula membuat spekulasi ibu tunggal itu sedang menderita sakit.

Namun wanita kelahiran Kanada itu memberitahu, dia berasa sangat selesa dengan penampilan terbaharunya itu.

Malah, dia menegaskan, dia tidak mempunyai masa untuk melayan apa sahaja kritikan atau pandangan negatif mengenai personalitinya.

Mungkin, Dion tidak menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lebih-lebih lagi selepas kematian suaminya, Rene Angelil yang bertarung dengan kanser pada 14 Januari 2016. – MalaysiaGazette