Klopp memberi alasan salji di padang dan kegagalan pengadil memberi sepakan penalti punca keputusan seri malam tadi

ENGLAND – Jurgen Klopp memberi alasan cuaca salji tebal yang melanda Anfields sebagai punca Liverpool gagal memungut tiga mata penuh menentang Leicester City malam tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Anfields, Liverpool terikat 1-1 bersama the Kings selepas Sadio Mane membuka jaringan seawal minit ke-3 di babak pertama.

Bagaimanapun impian the Kops untuk menambah jaringan untuk memungut tiga mata penuh tidak kesampaian apabila berjaya disekat gol penyamaan Leicester.

Leicester membuka jaringan menerusi Harry Maguire di babak pertama pada saat akhir perlawanan menerusi sepakan penalti pada minit ke-45.

Keputusan itu berjaya memusnahkan impian Pengurusnya Klopp untuk melebarkan mata dengan pesaing terdekat Manchester City.

“Kalau kita lihat perlawanan bola tidak bergerak laju disebabkan cuaca salji.

“Satu satunya masalah kami malam ini ialah keadaan padang diliputi salji sukarkan peluang memungut tiga mata penuh,” katanya.

Klopp juga kecewa apabila dinafikan sepakan penalti di babak kedua selepas Nabi Keita dikasari pemain Leicester.

“Kami sepatutnya dihadiahkan penalti, saya tidak faham kenapa pengadil perlawanan gagal berbuat demikian,” ujarnya.

Kekalahan Man City 1-2 kepada Newcastle United kelmarin gagal dimanfaatkan Liverpool malam tadi.

Ia sudah pasti berita gembira untuk empat pesaing teratas liga untuk mengejar rapat Liverpool yang sudah pasti memberi tekanan untuk mempertahankan kedudukan teratas carta liga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast