Foto Daily Mail.

LONDON – Bilik persalinan Barcelona menjadi emosi apabila pemain tengah, Denis Suarez itu mengucap selamat tinggal buat kelab La Liga itu, lapor Daily Mail.

Suarez membuat kemunculan terakhir sebelum dipinjamkan ke Arsenal untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Lebih menyentuh hati, penyerang Luis Suarez memuat naik ucapan ‘good luck’ di ‘Instagram story’ dengan keterangan ‘Good luck little Galician in this new challenge’ (Semoga bertuah Galician dengan cabaran baharu ini) berserta gambar mereka berpelukan.

Suarez, 25, akan kembali bersatu dengan Unai Emery, bekas pengurusnya di Sevilla.

Menerusi perjanjian, bayaran pinjaman sebanyak £1.8 juta telah dipersetujui dengan pilihan £20 juta untuk berhijrah secara tetap pada musim panas ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast