KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan kejutan istimewa kepada para penumpang di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini.

Sebuah video di Twitter di @bernamadotcom, Dr. Mahathir kelihatan bersalaman dengan penumpang-penumpang di dalam sebuah bas ekspres.

“Dr Mahathir @chedetofficial turut luang masa bertemu pengguna bas ekpress di TBS sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina,” kata Bernama di dalam kapsyen video berkenaan.

Dalam satu hantaran lain, Bernama memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan Perdana Menteri memandu sendiri kereta Proton Iriz ke TBS bagi lawatan tersebut.

tunSambutan Tahun Baru Cina akan bermula 5 hingga 6 Februari ini bagaimanapun kebanyakan warga kota mula pulang ke kampung berikutan hujung minggu yang panjang bermula hari ini sempena cuti umum Hari Wilayah Persekutuan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast