Sekurang-kurangnya dua individu rentung selepas kenderaan jenis BMW yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Km6.9 Lebuhraya SILK menghala Sungai Long, Kajang dekat sini petang tadi.
Sekurang-kurangnya dua individu rentung selepas kenderaan jenis BMW yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Km6.9 Lebuhraya SILK menghala Sungai Long, Kajang dekat sini petang tadi.

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya dua individu rentung selepas kenderaan jenis BMW yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Km6.9 Lebuhraya SILK menghala Sungai Long, Kajang dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norizham Mohd Nudin berkata kenderaan itu yang terbakar 90 peratus, dipercayai melanggar pembahagi jalan selepas terbabas.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.46 petang dan sembilan anggota serta pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digegaskan ke lokasi, katanya dalam kenyataan, di sini.

Norizham berkata sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa tersepit dan terbakar.

“Pihak bomba masih dalam proses mengeluarkan mangsa dan menyiasat jika ada mangsa lain yang terperangkap,” katanya menambah identiti mangsa belum dikenal pasti.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast