TERKINI : GENERASI MUDA MENGELUH! Warga Asing Monopoli Pekerjaan di Semenyih

Generasi muda di kawasan ini melahirkan rasa tidak puas hati ekoran peluang pekerjaan di semua sektor di sini didakwa dimonopoli oleh warga asing.

Tidak kira restoran, kilang-kilang, pasaraya, pejabat mahupun kedai-kedai, rata-rata anak muda yang ditemui MalaysiaGazette mendakwa kesemua premis berkenaan dikuasai oleh orang luar hingga menutup peluang buat untuk mendapatkan pekerjaan.

Malah, fenomena yang berlaku di Semenyih apabila adanya kebanjiran warga asing terutama warga Bangladesh dan Myanmar ini dibimbangi akan menyebabkan anak-anak tempatan di kawasan berkenaan merempat di tempat sendiri.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast