WASHINGTON- Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan Naib Pengerusinya, Richard Clarida bakal menghadiri majlis makan malam bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin di White House malam Isnin ini.

Majlis itu merupakan sesi pertama pertemuan Trump dan Powell sejak Pengerusi Rizab Persekutuan tersebut menjawat jawatan tersebut sejak setahun lalu.

Ia diadakan bagi membincangkan perkembangan ekonomi semasa serta unjuran pertumbuhan, pekerjaan dan inflasi, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Rizab Persekutuan.

Bagaimanapun, makan malam tersebut dijangka tidak akan membincangkan secara mendalam mengenai harapan terhadap dasar monetari pada masa hadapan.

Trump sebelum ini terkenal dengan komen pedas terhadap Rizab Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast