WASHINGTON – Presiden Donald Trump akan mengadakan pertemuan kedua dengan Kim Jong-un, pemimpin Korea Utara di Vietnam.
Pertemuan itu dijadualkan berlangsung pada 27 hingga 28 Februari ini.
Beliau berkata, pemberhentian ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang dalam tempoh 15 bulan ini adalah bukti kemajuan yang telah dicapai,
“Sekiranya saya tidak dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat, kita akan sekarang, pada pendapat saya, berada dalam peperangan besar dengan Korea Utara,” kata Trump.
Trump telah meningkatkan kebimbangan peperangan pada tahun 2017 apabila beliau mengancam bahawa akan berlaku ‘kemarahan dan memusnahan yang tidak pernah dilihat dunia’ kepada Pyongyang.
Kenyataan itu dibuat susulan ancaman nuklear dan peluru berpandu oleh Korea Utara yang didakwa boleh mencapai Amerika Syarikat.
Kali pertama Trump dan Jong-un mengadakan pertemuan bersejarah pada 12 Jun tahun lalu di Singapura.
Trump cukup teruja untuk mengadakan pertemuan kedua selepas kemajuan yang sedikit ditunjukkan oleh Pyongyang dalam menghapuskan program nuklear dan peluru berpandu.
Sementara itu, sumber di Lapangan Terbang Danang berkata, empat pesawat A-V-22 “Osprey” A Soviet terbang dari pulau Okinawa, Jepun dan mendarat di bandar pesisir pada petang Selasa lalu.
Mereka meninggalkan lapangan terbang itu selepas beberapa jam, kata sumber itu.
Dalam pada itu, Kedutaan Amerika Syarikat di Vietnam pula mengatakan ia tidak mempunyai apa-apa maklumat untuk diumumkan berhubung pertemuan dua pemimpin itu. – MalaysiaGazette