Gambar hiasan

DUBAI – Emirates, syarikat penerbangan jarak jauh terbesar di dunia akan mengambil juruterbang baharu dari Etihad Airways dan Norwegian Air Shuttle ASA.

Hong Kong Airlines juga menghubungi Emirates yang berpangkalan di Dubai mengenai peluang untuk memindahkan beberapa krew kokpit buat sementara waktu, menurut memo itu yang diperoleh Bloomberg News.

“Dalam keadaan semasa dengan beberapa syarikat penerbangan di seluruh dunia mengalami masalah kewangan, situasi itu memberi kedudukan terbaik kepada Emirates untuk mendapatkan sumber dan memilih juruterbang yang berkualiti,” kata memo tersebut.

Emirates telah merekrut 52 orang juruterbang baharu bulan lalu – angka tertinggi sejak Ogos 2016 dan jumlah permohonan yang diterimanya kini lebih besar daripada jumlah calon yang ditawarkan.

Namun, Emirates dengan mengulas mengenai memo itu.

Seorang jurucakapnya memberitahu, syarikat penerbangan itu mempunyai juruterbang yang mencukupi tetapi akan terus membuat pengambilan calon yang berkelayakan.

Emirates menghadapi cabaran pengambilan tahunan untuk memenuhi peluasan rangkaian globalnya.

Presiden Emirates, Tim Clark berkata, terdapat pengurangan antara 100 hingga 150 anak kapal semasa penerbangan musim panas tahun lalu.

Menurut memo itu, seramai 499 anak kapal layak untuk menyertai keluarga Emirates dari April ini hingga menjelang akhir tahun 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast