LONDON – Satu mayat telah ditemui daripada sebuah pesawat kecil yang dinaiki Emiliano Sala, pemain bola sepak Cardiff City.
Cawangan Siasatan Kemalangan Udara berkata, pakar-pakar terlibat telah bersama-sama dalam operasi yang penuh mencabar itu.
Mayat tersebut akan dikeluarkan dan dihantar kepada forensik dan identiti masih belum diketahui.
Bangkai pesawat yang terhempas dua minggu lalu ketika merentasi English Channel telah ditemui di perairan Guernsey.
Ketika nahas, pesawat Piper Malibu N264DB itu dalam penerbangan dari Perancis ke Cardiff selepas pemain dari Argentina itu kembali ke Nantes, dua hari selepas pemindahannya ke Cardiff City diumumkan.
Juruterbang, Ibbotson, 59, dikatakan gagal dihubungi oleh pengawal trafik udara pada 21 Januari lalu.
Usaha mencari dijalankan tetapi ditamatkan pada 24 Januari selepas peluang untuk dijumpai dengan selamat cukup tipis.
Namun, pencarian dilakukan oleh pihak swasta diketuai oleh saintis marin, David Mearns dan berjaya mengesan bangkai pesawat.
Bagaimanapun, untuk membawa keluar pesawat itu belum dapat dilaksanakan kerana cuaca buruk. – MalaysiaGazette