Mohamad Hassan
Mohamad Hassan

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Khamis ini.

Pengumuman akan dilakukan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan kira-kira jam 10.30 pagi di Command Centre, Plaza Dato’ Mohd Said, Taman Pelangi Semenyih 2.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti kini mengambil tanggungjawab itu selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Pengerusi BN, berehat dari tugasan parti berkuatkuasa 18 Disember lalu.

Kejayaan pertama Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mad ialah mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRK 26 Januari lalu, dengan meletakkan calon Orang Asli melawan DAP dari Pakatan Harapan (PH).

PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.45 pagi di Hospital Kajang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, Bakhtiar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengalahkan penyandang kerusi itu, Datuk Johan Abd Aziz dari BN dengan majoriti 8,964 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast