Nik Aziz (kanan) menjadi calon PSM di PRK DUN Semenyih 2 Mac ini.

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mengumumkan calon parti itu, Nik Aziz Nik Afiq dalam PRK DUN Semenyih.

Pengerusinya, Dr. Nasir Hashim berkata, pemilihan Nik Aziz sebagai suara orang muda untuk mewakili pengundi di kawasan itu.

Nik Aziz yang baru berusia 25 tahun merupakan seorang tukang urut tradisional dan anak tempatan.

Ayahnya juga bekas orang kuat Pas di Selangor dan namanya diambil sempena nama bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam juga berkeyakinan diterima berbanding parti lain seperti Pakatan Harapan dan Barisan Nasional

Sementara itu, Nik Aziz berkata, kerajaan Selangor memerlukan suara pembangkang memandangkan negeri itu hampir 90 peratus dimenangi oleh wakil Pakatan Harapan (PH) dan punca berlaku korupsi.

“Kerisauan itulah pelru kita mengimbangi kuasa dan ada kuasa rakyat pembangkang untuk check and balance di Selangor,” katanya dalam sidang media malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast