Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media sambil diiringi Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji gesaaan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat salah laku dalam badan kehakiman.

Perdana Menteri menjelaskan kebiasaan mana-mana cadangan untuk menubuhkan RCI perlu dikaji terlebih dahulu oleh kabinet.

Namun beliau memberitahu tidak berada dalam kedudukan untuk mengeluarkan pandangan mengenai perkara itu pada masa ini.

“Saya tidak ada dalam kedudukan untuk berkata perkara itu. Jika ada mana-mana cadangan RCI, kita akan kaji terlebih dahulu,” katanya.

Baru-baru, Hamid mendakwa terdapat hakim tertentu membantu pihak swasta untuk menipu kerajaan.

Hamid berkata, beliau bersedia untuk mendedahkan lebih banyak bukti jika RCI dibentuk untuk menyiasat perkara itu.

Bagaimanapun beliau kesal apabila Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum enggan berbuat demikian. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/15/tubuh-rci-tangani-kepincangan-badan-kehakiman/