KUALA LUMPUR – Impian pelakon, Sari Yanti untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila bayi yang dikandungnya mengalami keguguran.
Berita keguguran kandungan berusia tiga bulan itu dikongsi suaminya yang juga pelakon dan pelawak, Jep Sepahtu di laman Instagramnya pada Isnin.
Berita sedih itu dimaklumkan ketika Sari menjalani pemeriksaan di hospital.
“Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik.
“Adik eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doktor bagitau adik eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama eya selamat operation harini ya,” kata Jep berkongsi berita.
Pasangan berkenaan yang berkahwin pada 25 Februari 2017 sebelum ini dikurniakan seorang cahaya perempuan, Dariya Inara yang kini berusia 11 bulan. – MalaysiaGazette