Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Jika pengguna tidak mendapat manfaat dan mereka dibebankan dengan harga barangan yang tinggi manakala pendapatan kerajaan juga berkurangan, maka siapa sebenarnya yang untung hasil pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)?

Itu persoalan yang dilontar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran di laman Facebook kepada Datuk Amiruddin Hamzah.

Najib menarik perhatian kenyataan timbalan menteri kewangan itu seperti yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini, antara lain beliau mengakui SST tidak mampu mengurangkan harga barang sehingga kerajaan terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas.

“Sekarang, saya hanya mahu tanya satu soalan yang amat simple (mudah) kepada Timbalan Menteri PH ini.

“Pengguna tidak mendapat manfaat dari SST. Rakyat lebih dibebankan dengan harga yang lebih tinggi. Hasil kerajaan juga jauh berkurangan.

“Jika bukan rakyat dan kerajaan yang dapat manfaat apabila SST ganti GST, pihak yang mana telah dan akan untung lagi dari kehilangan hasil cukai berpuluh bilion Ringgit setiap tahun?

“Golongan yang mana? Boss Timbalan Menteri ini mahu jaga siapa sebenarnya?,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Amiruddin semalam turut berkata, kerajaan juga menyedari bahawa pelaksanaan SST hanya mampu me­ngutip keuntungan se­banyak RM21 bilion setahun sahaja berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang jauh lebih tinggi.

Disebabkan itu, kerajaan kehilangan RM23 bilion setahun berbanding GST yang mampu memberikan keuntungan sebanyak RM44 bilion setahun.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini sombong apabila mempertahankan tindakan mereka untuk menggantikan GST dengan SST.

“Dulu, ramai yang beritahu bahawa langkah ini adalah langkah yang kurang bijak.

“Tetapi masa itu, PH sombong dan terus mempertahankan langkah mereka,” katanya lagi. -Malaysia

Mengapa Timbalan Menteri PH ini tidak berani tegur boss dia pada masa itu bahawa langkah ini adalah langkah mengarut?

Untuk rekod, pada 20 Julai tahun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, SST yang mula dilaksanakan 1 September 2018 itu tidak akan membebankan rakyat.

Sebaliknya, ia akan dapat menyelematkan kutipan cukai sebanyak kira-kira RM20 bilion.- MalaysiaGazette