Anggota bomba dan penyelamat masih meneruskan operasi mencari dan mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Ipoh awal pagi ini. - BERNAMA

IPOH – Empat lagi mangsa ditemukan maut menjadikan keseluruhan enam maut setakat ini dalam kejadian kebakaran di tingkat empat sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata empat mangsa iaitu dua wanita dipercayai warga Vietnam manakala seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lagi lelaki yang belum dikenal pasti warganegara ditemukan kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Tiga mangsa dipercayai dijumpai di dalam bilik air manakala seorang lagi ditemukan di dalam bilik karaoke,” katanya.

Sebelum itu, dua lelaki masing-masing berumur 36 dan 37 tahun disahkan maut oleh pegawai perubatan kerana sesak nafas manakala seorang lelaki berumur 39 tahun kritikal.

Kira-kira 39 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran kira-kira pukul 5.49 pagi tadi.

Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati ada asap di dalam bangunan dan membawa mangsa turun dari bangunan itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast