Kerajaan sedang meneliti untuk mewujudkan undang-undang dan Jawatankuasa Parlimen demi mengekang penyalahgunaan media sosial sehingga mencetuskan kebencian dan fahaman yang ekstremis.
Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo suatu sistem perlu diwujudkan untuk memastikan tiada penyebaran maklumat palsu tersebar seterusnya dilaporkan secara meluas.
“Kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan bukan setakat undang-undang sahaja ada juga cadangan yang melihat bagaimana kita boleh mewujudkan industri di mana ada peraturan sebelum sesuatu dilaporkan maka ada sistem ianya diperiksa dahulu untuk menentukan fakta atau sebagainya.
“Ianya akan mengambil sedikit masa apabila siap dan sedia kita boleh membuat pengumuman dalam sidang media untuk beritahu apakah hala tuju kita kalau perlu kita bawa RUU dibentang dalam Parlimen tetapi berikan kita sedikit masa,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM).