KUALA LUMPUR – UMNO dan Pas sepatutnya sedar adalah lebih rumit bagi mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mengelak pertandingan tiga penjuru kerana ia memerlukan kajian data yang teliti.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pada PRU14, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga yakin dengan formula kemenangan sapu bersih menerusi pertandingan tiga penjuru, namun formula tersebut gagal
“Kalau PAS & UMNO belajar sains data sikit2, mereka tahu memenangi PRU15 lebih rumit dr elakkan 3-penjuru.
“UMNO & PAS yakin sudah jumpa formula kemenangan sapu bersih PRU15: jangan ada 3 penjuru,” katanya alam akaun Twitter hari ini.
Pada PRU14 tanggapan ramai menyatakan pertembungan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan Pas sedikit sebanyak akan menguntungkan BN.
Namun apa yang barlaku adalah sebaliknya apabila Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya.
Malah menurut Rafizi, bacaan tahap sokongan rakyat lebih rumit dan kompleks daripada kempen yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Kecil.
Tambah beliau, selain memerlukan data yang menyeluruh, bacaan sokongan juga memerlukan data yang sekecil dan sebanyak yang mungkin.
Oleh itu, Rafizi berkata, UMNO dan Pas jangan terlalu cepat yakin seperti pada PRU14 lalu kerana kini rakyat sangat bijak. – MalaysiaGazette