Tabung Haji
Imej Tabung Haji sebagai sebuah Institusi Kewangan Islam yang terunggul ini perlu dipelihara oleh masyarakat Islam di Malaysia dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mengumumkan hibah (dividen) dan bonus antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus untuk tahun kewangan berakhir tahun 2018.

Ia dijadualkan membuat pengumuman itu pada bulan depan.

Seorang penganalisis berkata, unjuran itu mengambil kira proses penilaian semula aset dan kecairan (kemampuannya dalam memenuhi kewajipan jangka pendek).

“Kalau berdasarkan laporan kedudukan kewangan TH sebelum ini, organisasi itu sebenarnya tidak ada kemampuan untuk membayar dividen.

“Tetapi kalau kita mengambil kira dua bulan terakhir ini, selepas proses penilaian semula aset dan kecairan termasuk keputusan pelaburan berhemah, Insya Allah ada berita gembira untuk pendeposit,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Kali terakhir TH membayar dividen dan bonus pada kadar 3.50 peratus adalah pada tahun 2002.

Kadar dividen dan bonus paling tinggi pernah diagihkan oleh Tabung Haji pada tahun 2014 iaitu 8.25 (6.25 + 2.00).

Pada tahun lalu, TH mengagihkan 6.25 peratus (4.50 + 1.75).

Jumlah agihan dividen dan bonus TH masih menjadi spekulasi dalam kalangan pendeposit biar pun ketua pegawai eksekutifnya memaklumkan organisasi itu berupaya membayar dividen kepada 9.3 juta pendepositnya.

Datuk Seri Zukri Samad berkata, pembayaran itu dapat dilakukan selepas lembaran imbangannya dipulihkan dengan pindahan 106 ekuiti domestik tersenarai yang kurang menguntungkan ke syarikat tujuan khas, Urusharta Jamaah Sdn Bhd.

Pindahan itu dianggap selepas pada 31 Disember, 2018.

Zukri berkata, jumlah (hibah) akan bergantung kepada prestasi kewangan berdasarkan kepada keuntungan yang boleh jana bagi 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast