Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bercakap pada sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 27 FEBRUARI 2019

PUTRAJAYA – Fi atau Cukai Jalan Pengakutan Lesen Kenderaan Motor bagi kenderaan perdagangan barangan yang didaftarkan dan beroperasi di Sabah dan Sarawak akan diseragamkan menggunakan kriteria Berat Dengan Muatan (BDM).

Bagi kenderaan perdagangan barangan yang didaftarkan dan beroperasi di Sabah dan Sarawak pula akan menggunakan kriteria Berat Tanpa Muatan (BTM).

Penyeragaman yang akan berkuatkuasa 1 April depan akan melibatkan 14 kategori atau kod kegunaan kenderaan barangan di Sabah, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Katanya, pada masa ini kriteria pengkiraan fi LKM kenderaan perdagangan Sabah dan Sarawak adalah berbeza dengan Sabah menggunakan asas BDM manakala di Sarawak menggunakan BTM.

“Kaedah kriteria ini tidak pernah disemak atau diseragamkan sejak proses penyatuan JPJ Semenanjung dengan JPJ Sabah dan Sarawak pada 1984 (Ordinan perluasan pemakaian Ordinan Lalu Lintas 1958).

“Ia menyebabkan fi atau cukai jalan LKM kenderaan perdagangan di Sabah jauh lebih tinggi berbanding di Sarawak.

“Ia akan berkuatkuasa 1 April ini tetapi sebelum itu tempoh masa dua hingga empat minggu lagi akan digunakan untuk tujuan persiapan melibatkan kerja perubahan serta ujian ke atas sistem dan proses kerja,” ujatnya.

Anthony berkata, ini bermakna semua transaksi permohonan baharu atau pembaharuan cukai jalan kenderaan perdagangan di Sabah akan menikmati kadar baharu bermula 1 April ini.

Menurutnya, sebelum ini mereka terpaksa merentasi sempadan dan memandu jauh untuk daftar di Sabah bukan di Sarawak dan menerusi penyeragam itu pengguna kenderaan perdagangan LKM boleh memperbaharui cukai jalan LKM mereka di Sarawak selepas ini.

“Pelaksanaan kaedah ini menyaksikan mereka akan menikmati pengurangan kos pengangkutan yang mana penjimatan lebih RM50,000 hingga RM60,000 setahun dan akan membantu mengurangkan kos di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Ujarnya, penyeragaman in bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil dan kompetitif dengan mengambil kira kedudukan kedua-dua negeri itu selain mengelak persaingan tidak sihat antara pemilik kenderaan perdagangan kedua-dua negeri itu.

“Justeru ia juga bermotif mengurangkan berlakunya ketirisan hasil kepada kerajaan susulan proses pendaftaran kenderaan perdagangan di Sarawak.

“Berdasarkan data 2009 hingga 2014, dianggarkan kerugian sekitar RM64 juta direkodkan ekoran ketirisan hasil aktiviti pendaftaran kenderaan dan penyeragaman ini akan memudahkan kawalan pemantauan kutipan hasil kerajaan.

“Walaupun penyeragaman ini melibatkan pengurangan kutipan hasil kepada kerajaan dalam lingkungan RM9 juta hingga RMM15 juta setahun, ia secara keseluruhannya tidak akan membawa kesan kepada prestasi kutipan JPJ,” ujarnya.

Anthony Loke berkata, hasil kutipan di kedua-dua negeri itu hanya mewakili lebih kurang 2.6 peratus daripada kutipan keseluruhan seluruh negara.

“Berdasarkan rekod 2018, jumlah kenderaan perdagangan yang berdaftar di Sabah dan Sarawak adalah 231,671 buah dan hasil kutipan fi atau cukai jalan LKM kdua-dua ngeri itu hanya 8.2 peratus daripada keseluruhan kutipan fi LKM,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast