MADRID – Walaupun menjadi bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo turut terkenal sebagai seorang yang maskulin kerana mementingkan keterampilan dan fesyen.
Meneruskan minatnya itu, pemain Juventus itu akan membuka klinik rambut bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez di Madrid.
Pusat itu dibina di bawah Kumpulan Insparya yang merupakan perkongsian antara Ronaldo dan Paulo Ramos.
Daily Star melaporkan, klinik itu akan beroperasi sebagai pusat pemindahan rambut yang dikendalikan 150 kakitangan dan dijangka dibuka kepada orang ramai bermula 18 Mac ini.
Sementara itu, teman wanita Ronaldo, Georgina akan dilantik menjadi salah seorang pengurus di klinik itu.
Ronaldo dikatakan melabur €26 juta (RM120 juta) untuk pembukaan klinik itu. – MalaysiaGazette