Hamza bin Laden. foto Agensi

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat menawarkjan hadiah sebanyak AS$1 juta untuk meklumat mengenai pengenalan atau lokasi anak Osama bin Laden

Menurut kenyataan Program Hadiah untuk Keadilan Jabatan Negara, Hamza bin Laden merupakan pemimpin utama kumpulan al-Qaeda, lapor 2wgrz.

Sejak 2015, beliau telah menyiarkan mesej dalam talian sam ada dalam bentuk audio atau video yang meminta pengikutnya melancarkan serangan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di barat.

Para pegawai juga berkata, beliau telah mengancam serangan ke atas AS dalam tindakan balas pembunuhan bapanya oleh AS pada 2011

Pada 2017, para pegawai berkata, Hamza bin Laden diklasifikasikan sebagai pengganas global dan asetnnya di AS telah dibekukan.

Kumpulan Al-Qaeda didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan di AS, termasuk serangan 9/11 pada 2001, dan warga AS di luar negara. – Agensi