NEW YORK – Para pegawai Amerika Syarikat (AS) semakin bimbang terhadap pejuang Hizbullah yang boleh menumpaskan sistem Iron Dome Israel.
Kebimbangan tersebut dinyatakan para pegawai Israel kepada sekutunya, AS ketika kemungkiinan persediaaan serangan darat dan udara dilakukan ke atas Lubnan.
“Kami menilai sekurang-kurangnya beberapa ketumbukan Iron Dome ‘akan tumpas’,” kata beberapa pegawai pentadbiran AS yang tidak mahu dikenali kepada CNN.
Kekhuatiran meningkat terhadap peluru berpandu dan dron milik pasukan Hizbollah.
Para pegawai Israel menyatakan mereka terkejut dengan serangan yang dilakukan Hizbollah pada awal bulan ini, khususnya selepas gambar di laman sesawang memaparkan sebuah dron memusnahkan Iron Dome.
Ketika tentera Israel menafikan sebarang kerosakan pada sebarang sistem, para pegawai negara itu dilaporkan percaya bahawa keupayaan yang Hizbullah adalah ancaman tulen, khasnya di wilayah utara.
Keupayaan Hizbullah untuk mengerahkan persenjataan dengan bilangan yang besar kekal menjadi kebimbangan utama kepada strategi keselamatan Israel.
Ketika tentera Israel menafikan terdapat kerosakan pada sistem, para pegawai negara itu dilaporkan percaya terhadap keupayaan amcaman Hizbullah adalah tulen, khususnya di wilayah utara.
Para pegawai Israel telah memberi isyarat tentang kesediaaan tentera untuk bertindak yang menyasarkan untuk mewujudkan zon penampan dan memudahkan membawa pulang warganya di kawasan utara, menurut CNN.
Ketika mengiktiraf kekhuatiran keselamatan Israel, pegawai-pegawai Israel tidak mengulas menganai potensi konflik yang lebih besar.
Mereka memberi amaran tentang akibat yang tidak dijangka, termasuk risiko membabitkan pihak lain dan ancaman kestabilan di Timur Tengah. – Agensi