Pesawat F-35 sedia untuk bertempur
WASHINGTON – Pesawat pejuang stealth, F-35, versi tentera laut Amerika Syarikat (AS) ‘sedia untuk bertempur’, kata para pegawai.
“Pesawat F-35 sedia untuk beroperasi, sedia untuk bertempur dan sedia untuk menang,” kata Naib Admiral DeWolfe Miller dalam kenyataan seperti dipetik NDTV.
“Kami menambah banyak sistem persenjataan ke dalam kumpulan serangan kapal pengangkut yang meningkatkan keupayaan angkatan tentera bersama,”.
Varian Pesawat F-35C dibangunkan untuk tentera laut dan mampu berlepas dan mendarat di atas kapal pengangkut.
Sayapnya boleh dilipat bagi menjimatkan ruang di atas kapal yang besar itu.
Pada Ogos 2017, tentera udara mengumumkan keupayaan operasi awal untuk versi F-35A
Versi F-35B yang digunakan Marine Corps berupaya berlepas pada jarak yang pendek selain mendarat dalam keadaan menegak dan telah terbang dalam misi pertempuran di Afghanistan pada tahun lalu.
Dilancarkan pada awal 1990an, program F-35 dianggap program sistem persenjataan paling mahal dalam sejarah Amerika Syarikat dengan anggaran kos sebanyak AS$400 bilion selain sasaran menghasilkan 2,500 buah pesawat pada masa depan. – Agensi