Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berterima kasih kepada pengundi Semenyih yang memilih Zakaria Hanafi sebagai wakil rakyat baharu kawasan ini. Menurut beliau, kerjasama rapat antara UMNO dan Pas dilihat sebagai faktor terbesar dalam kemenangan parti itu kali ini.