Puting beliung melanda Alabama. foto Agensi

MONTGOMERY – Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk kanak-kanak mayat selepas puting beliung melanda daerah Lee, Alabama.

Ketua polis daerah itu, Jay Jones memberitahu, pasukan keselamatan sedang mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap dan telah menghantar mangsa ke hospital.

Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan serius.

Sementara itu, Gabenor Alabama, Kay Ivey memberi amaran kepada penduduk tentang keadaan cuaca yang melampau tidak lama lagi.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) mengklasifikasikan angin pusat itu bertiup selaju 266 kilometer sejam.

Jones menggambarkan kerosakan yang berlaku sebagai ‘bencana’.

Ahli meteorologi, Eric Snitil berkata, banyak kematian di daerah itu dalam tempoh satu hari berbanding puting beliung yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2018.

Lebih daripada 10,000 penduduk daerah itu kini tidak ada bekalan elektrik. – MalaysiaGazette