Gambar hiasan

KOLKATA – Sembilan nelayan India dikhuatiri maut selepas kapal pukat tunda mereka terbalik di Teluk Bengal semasa rebut.

Kapal pukat tunda itu telah berlepas dari Sundarbans di Bengal Barat pada hari Rabu dengan 17 lelaki di dalamnya, kata Surajit Bag, penolong pengarah perikanan kerajaan negeri.

Lapan berada di atas dek manakala sembilan lagi sedang tidur di dalam kabin di bawah apabila ribut melanda awal Sabtu berhampiran Pulau Bagher Char.

“Kapal pukat tunda itu dipukul ombak tinggi dan ia terbalik,” katanya.

Seorang penumpang bot pukat tunda itu nerjaya menyelamatkan lapan rakan-rakannya yang berada di atas dek selepas mereka tercampak ke laut.

“Walaupun pencarian dilakukan secara meluas, baki sembilan nelayan yang sedang tidur di bawah kabin tidak dapat ditemui. Kami bimbang mereka sudah mati,” katanya.

Sebuah kapal Pengawal Pantai India telah menarik pukat tunda itu kembali ke darat, Bersama mangsa-mangsa yang terselamat dan berada dalam keadaan stabil, kata Bag.

Sundarbans, tapak warisan dunia UNESCO yang terkenal dengan hutan bakaunya, adalah rumah kepada beribu-ribu nelayan yang menangkap ikan sepanjang tahun. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast