KUALA LUMPUR – Pandangan dan pemikiran dangkal Lim Guan Eng terhadap kerjasama UMNO dan Pas disifatkan cukup bahaya kepada Malaysia.
Setiausaha Agung DAP itu seolah-olah hidup dalam dunia politik keluarga dan parti DAP yang terlalu rasis, yang mana manifestasi DNA pemimpin parti itu yang penuh cauvinisme dan tidak pernah senang dengan gerak perpaduan orang Melayu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa, sikap dan DNA Guan Eng inilah yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia apabila penyatuan fikrah orang Melayu terlalu pantas dianggap sebagai “gendang perang”; sedangkan ia bukan itu niat asalnya.
“Pemikiran Guan Eng ini cukup bahaya kepada Malaysia. Guan Eng menolak sama sekali kesatuan orang Melayu sebagai “tiang seri” dan “teras” keharmonian Negara! Sejak bila perpaduan orang Melayu mahu “memerangi” kaum lain?
“Bukankah keharmonian Malaysia selama ini – sedikit sebanyak dipaksi teraskan kepada perpaduan orang Melayu – yang menjadi majoriti di negara ini?,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambahnya, pandangan dangkal dan berbahaya seperti ditampilkan Guan Eng ini ibarat menolak semangat Perlembagaan dan asas kepada perpaduan negara dilihat sebagai “penyakit” dan “kudis” kepada Malaysia Baharu.
“Kita boleh nampak jelas – punca kudis politik degil dan jahat ini,” tambahnya yang mendakwa kenyataan Guan Eng bukan kenyataan seorang “pemimpin”.
Sebaliknya, kata beliau, kenyataan Guan Eng sarat dengan niat tersirat untuk menggalakkan perpecahan orang Melayu.
“Kita tahu perpecahan orang Melayu akan menguntungkan siapa. Kita juga tahu “orang” mana yang bertepuk tangan jika Melayu berpecah. Kita juga faham, lebih celupar dan cauvinis, maka lebih “hero”lah seseorang itu di mata “komrad” mereka.
“Guan Eng perlu lebih hati-hati dengan kenyataan yang dibuat. Jangan terlalu celupar. Jangan hidup di dalam dunia politik sempit dan terlalu cauvinis,” kata Reezal. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan:
- Kenyataan Guan Eng bahaya, minta maaf kepada rakyat – Pemuda Pas
- Kenyataan Guan Eng dikhuatiri cetus malapetaka – Seng Giaw
- Kenyataan paling tidak bijak dari Guan Eng
- Guan Eng buat kenyataan menghasut