KUALA LUMPUR – Bau hangit dan asap dikatakan berlaku dalam wad bersalin menyebabkan situasi cemas di Hospital Sungai Buloh hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku sekitar pukul 6.10 petang tadi, menurut Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kamaruddin Alias.
Katanya, bau hangit dan asap dikesan dari satu bilik iaitu bilik CTG WAD bersalin
“Semua pesakit berjaya dipindahkan keluar dari bilik tersebut,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media menerusi WhtsApp.
Menurutnya, bomba belum dipanggil pihaknya kerana tiada kebakarsn berlaku.
“Team kejuruteraan, Radicare dan keselamatan sedang cari punca kejadian dan sehingga kini tiada sebarang kejadian kebakaran,” katanya secara ringkas.
Satu kenyataan rasmi berhubung kejadian itu akan menyusul dari pengurusan hospital kelak. – MalaysiaGazette