People shout slogans during a nationwide strike against the government's refusal to raise wages in Tunis, Tunisia January 17, 2019. REUTERS/Zoubeir Souissi - RC17459A83B0

TUNIS – Seramai 11 bayi meninggal dunia secara misteri di sebuah hospital kerajaan Tunisia menyebabkan Menteri Kesihatan di negra itu,  Abdel-Raouf E-Sherif meletak jawatan serta merta hari ini.

Agensi melaporkan, rata-rata rakyat di negara itu dalam keadaan ‘huru-hara’ berikutan insiden itu ditambah lagi dengan mutu perkhidmatan sektor awam di Tunisia semakin merosot serta berada dalam keadaan membimbangkan sejak tahun 2011 lagi.

Abdel-Raouf yang didesak meletak jawatan dalam tempoh 24 jam selepas gagal menjawab bagaimana kesemua 11 bayi berkenaan mati berikutan jangkitan darah sekaligus menjurus ke arah kecuaian.

Malah pemimpin itu pernah didesak meletak jawatan berikutan pelbagai lagi isu serta skandal berkaitan kesihatan di negara itu sebelum itu.

Sebelum ini, rakyat Tunisia mengadu mengenai penurunan tahap perkhidmatan sektor awam sejak kejatuhan bekas presidennya, Zine El-Abidine Ben Ali sekali gus membawa kepada peralihan demokratik dan krisis ekonomi negara itu.

Pengkritik kerajaan menyatakan sektor awam dipercayai terbabit dengan aktiviti rasuah yang langsung tidak dapat dibendung malah kematian dalam bidang kesihatan sebenarnya bukan sesuatu yang baharu.

Pada Januari lepas, berpuluh ribu rakyat Tunisia berarak melakukan mogok yang diketuai oleh kesatuan sekerja Kesatuan Buruh Awam Tunisia (UGTT) di seluruh negara pada Khamis bagi membantah keengganan kerajaan menaikkan gaji 670,000 kakitangan awam.

Mogok yang dianjurkan di jalanan itu melumpuhkan sistem pengangkutan kereta api, bas dan trafik udara.

Ketika ini, Abdel-Raouf belum memberi apa-apa komen berhubung peletakan jawatannya. -MalaysiaGazette