KUALA LUMPUR – Gara-gara cinta ditolak seorang pelajar di Banting dekat sini cuba membunuh diri.

Pelajar lelaki tingkatan satu itu cuba terjun dari tingkat dua bangunan sekolahnya.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan pelajar berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 petang itu.

53729336_1086885851510272_3024377650421432320_n

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman mengesahkan pelajar berusia 13 tahun itu mengaku cintanya ditolak selepas meluahkannya kepada seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama semalam.

Bagaimanapun, cintanya ditolak oleh rakan perempuannya dan menyatakan meminati pelajar lelaki lain.

“Berikutan itu, pelajar lelaki tersebut dikatakan putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri.

“Remaja berkenaan juga sempat menulis satu nota yang menjelaskan tujuannya untuk bunuh diri,” katanya yang dipetik laporan Kosmo! Online hari ini.

54258216_1086885718176952_2153884334682013696_n

Berdasarkan keterangan guru kelasnya mendapati remaja lelaki itu merupakan pelajar yang baik dan pendiam serta tiada masalah disiplin.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang laporan polis dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar ini.

53797751_1086886214843569_5924372133122670592_n

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah di bawa ke hospital Banting untuk rawatan lanjut ,” katanya.- MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

https://www.youtube.com/watch?v=-JCxu1n8PiE&feature=youtu.be

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast