Seorang penduduk, Aishah Ghani memakaikan anaknya penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga berikutan pencemaran udara yang berlaku akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 17 MAC 2019.

PASIR GUDANG – Saranan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian supaya orang ramai menutup pintu dan tingkap rumah bagi mengelak pencemaran kimia tidak masuk akal.

Malah bagi golongan suri rumah, mereka menganggap cadangan Menteri Johor itu sebagai satu perkara yang ‘melucukan’.

Tinjauan Malaysia Gazette menemui beberapa orang suri rumah mendapati rata-rata mereka tidak bersetuju dengan saranan itu dan menganggap ia seperti satu cadangan ‘kebudak-budakan’

Aria Jaafar, 40, hairan bagaimana cadangan seperti itu boleh lahir dari mulut seorang menteri besar.

Katanya, adalah tidak wajar kepada sesiapa sahaja yang tinggal di rumah untuk tidak membuka pintu atau tingkap rumah pada siang hari.

Sungai Kim Kim
Aria Jaafar

“Hairanlah saya kenapa dia boleh kata begitu. Takkan kami hendak hidup kelemasan di dalam rumah kami sendiri?

“Sudahlah sekarang ini musim panas, lagi lemaslah orang seperti saya yang sememangnya berada di rumah setiap hari,” katanya.

Bagi Aishah Ghani, 45, pula berpandangan Menteri Besar Johor itu mungkin tersilap cakap ketika menjawab soalan wartawan mengenai pencemaran di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Disebabkan kehilafannya itu beliau menjadi mangsa serangan netizen di laman sosial.

“Kalau ikut kewajarannya, pencemaran yang berlaku adalah berbentuk gas yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Lainlah kalau benda itu objek seperti nyamuk atau serangga, boleh juga kita pasangkan jaring,” ujarnya.

Sungai Kim Kim
Aishah Ghani

Sementara itu, Nagoor Ghani, 35, dari Taman Tanjung Puteri Resort pula berkata, saranan tutup pintu dan tingkap tidak relevan untuk dilaksanakan.

Dia berpendapat, cara tersebut tidak praktikal dan tidak menyelesaikan masalah sedia ada kerana udara tidak boleh disekat-sekat.

“Saya sendiri sudah mengalami cirit-birit semalam dan harini pula saya sudah muntah-muntah dengan mengeluarkan buih putih,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/13/situasi-pencemaran-terkawal-tiada-keperluan-isytihar-darurat-mb-johor/

1 Komen

Comments are closed.