Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Pasukan MALBATT 850-11 yang beroperasi di selatan Lubnan akan ditukarkan secara berperingkat dari 7 hingga 19 November ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pasukan MALBATT 850-12 akan meneruskan tugas dan tanggungjawab Pasukan MALBATT 850-11 sebagaimana protokol dan peraturan yang telah ditetapkan oleh UNIFIL.

Tambah beliau, penghantaran pasukan MALBATT 850-12 dibuat secara berperingkat dari 6 November 2024 hingga 18 November 2024.

“Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah menerima pemakluman bahawa Force Commander (FC) UNIFIL telah menetapkan satu tarikh pertukaran kesemua pasukan UNIFIL termasuk pasukan MALBATT 850-11 yang beroperasi di Selatan Lubnan.

“Kementerian Pertahanan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada pasukan MALBATT 850-12 dan sekalung penghargaan buat pasukan MALBATT 850-11 yang telah menggalas tugas dengan cemerlang sepanjang berada di kawasan tanggungjawab.

“Semoga pasukan MALBATT 850-12 dapat terus melaksanakan tugas dengan cemerlang sebagaimana pasukan MALBATT 850-11 sebelum ini.

“Doa dan sokongan seluruh rakyat Malaysia mengiringi mereka dalam melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast