Suasana kecoh apabila sebahagian pelajar Universti Malaya (UM) menimbulkan provokasi semasa Program Sembang Santai bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Lokman Noor Adam tidak akan ambil peduli jika penuntut-penuntut Universiti Malaya (UM) yang melakukan provokasi di hadapan lokasi program santai tidak menggunakan gambar jelek Datuk Seri Najib Razak.

Namun, katanya, bacullah mereka jika membiarkan penuntut-penuntut yang didakwa penyokong DAP UM meneruskan kebiadapan mereka terhadap Najib.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, melihat provokasi tersebut, beliau telah mendekati pelajar tersebut dan bertanya sama ada gambar jelek yang dipegang itu adalah gambar penuntut berkenaan tetapi dia menjawab.

“Saya telah menegaskan kepada beliau bahawa ini gambar menghina Dato Sri Najib, lalu saya merampas dan mengoyakkannya.

“Ketika saya mengoyakkan gambar tersebut, penyokong DAP tadi cuba menghalang saya. Beliau kemudiannya dihalang dan ditarik oleh beberapa individu yang berada ditempat kejadian.

“Pelajar tersebut sepatutnya bersyukur kerana beberapa orang pemimpin UMNO berada ditempat kejadian dan menghalang beliau dari dipukul oleh orang ramai yang menyirap melihat kebiadapan mereka,” katanya Lokman menerusi hantaran di Facebook.

Tegas Lokman, jika Angkatan Muda Keadikan PKR mahu membicarakan soal kebebasan pelajar tersebut, mengapa tujuh penuntut itu tidak menyertai sembang santai bersama Najib dan bertanya sendiri tentang dana RM2.6 bilion.

Soalnya, kenapa tindakan beliau merampas dan mengoyakkan gambar jelek Najib hendak dipertikai.

“Bukankah negara ini mempunyai undang-undang yang mencegah rakyatnya dari mempamerkan gambar jelek mana-mana pemimpin.

“Saya tidak akan merampas poster tersebut jika beliau mempamerkan gambar Lim Guan Eng dengan terowongnya kerana itu gambar pemimpin mereka.

“Namun, sekiranya mereka mempamerkan gambar jelek pemimpin kami, kami tidak akan mendiamkan diri,” ujarnya.

Malah, Lokman turut mempersoalkan mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap pelajar terbabit, sama seperti tiada tindakan diambil ketika kain pemidang provokasi dengan gambar Datin Seri Rosmah Mansor digantung ketika hari mengundi di Semenyih.

“Adakah menguatkuasaan undang-undang hanya dilaksanakan ke atas penyokong Barisan Nasional dan PAS? Manakala kebebasan mutlak untuk melanggar undang-undang diberikan kepada Penyokong Pakatan Harapan?

“Inilah rule of law acuan Malaysia Baru DAP?,” ujarnya sambil membangkitkan adiknya saya direman selama empat hari hanya kerana menularkan semula gambar seorang individu yang meletakkan punggungnya dikaca televisyen yang memaparkan gambar Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya juga belum lupa apabila saya dilokap kerana mendedahkan tindakan Peguam Negara melindungi empat individu yang sudah di dakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan di atas kesalahan cubaan membunuh Adib. Cerminlah dulu kerajaan kamu sebelum hendak mengata tentang orang lain,” katanya. – MalaysiaGazette